Friday, January 23, 2009

Install windows xp dan acer aspire 4720 aspire 4710, travelmate 4720

Percubaan aku untuk memasang windows Xp pada laptop acer aspire 4720 semalam amat memeningkan kepala aku... ini disebabkan masalah acer aspire x suport winxp dan menyatakan window tidak dapat mengesan hard disc. memang senget jadi kepala aku ni nk wat dia detect....aku nk setting bios dia tp x der dia punya setting hard disc untuk ahci ide... aku cuba format dan install kat luar pakai PC aku tp maslah masih x selesai juga.. ader error pula yg kluar... aku pun cuba cari maklumat pasal acer aspire 4720 ini kat internet dan menemui penyebabnya iaitu acer pakai hard sata yg pakai driver ACHI.... tu la pasal dia x leh nk detect hard disc.... selepas beberapa kali percubaan aku dapat menginstall winxp kat acer aspire 4720 dengan Jayanya.. huhu:)

dengan ilmu yang sedikit dan x seberapa ini timbulah idea nk tlong sapa2 yang mengalami masalah sama...:) jadi aku kongsikan ilmu ku ini kat teman2 yang lain..

aku baca dalam internet dia cakap klo nk install winxp kat internet leh pakai usb flashdrive, pakai floppy drive. tp laptop latest model x der floppy da.. aku try xp... x jadi gak...

aku pon terbaca pasal nlite iaitu software yang leh intergated software.. bunyinya cam menarik aku test pakai.... wah memang menkjubkan. piwitttttttt.

pastu aku cari software sata Intel(R) 82801 HEM/HBM sata AHCI controller. (driver SATA aspire 4720)

ok untuk memulakan jangn lupa baca Bismillah mintak berkat. mudah mudahan dipermudahkan segala kerja.

ok disini bermulanya...........

1.Run n lite dan tekan aja next next

2.patu dia kluar senarai korang cuma kena tanda kat DRIVER dan BOOTABLE ISO an then next lagi

3.Lepas aja korang next insert single driver pastu driver AHCI td load yang iaahci.inf pastu click open tab dan akan kluar banyak folder cari Intel(R) 82801 HEM/HBM sata AHCI controller dan klik OK. pastu next. (klo nk masok kan driver yang lain2 pon boleh juga tp pilih yang multiple driver folder dan ikut cara sama)

4. lepas itu dia akan tanya so you want to start the process. Yes kan aja..

5.lepas semua selesai tekan next.

6.masokkan cd kosong, tukar mode kepada direct burn, tanda verify dan burn..

7. selepas semuanya selesai next dan selesai..


aku mintak maaf jika aku punya tutorial ini berbelit ckit... sebab aku x pandai sangat karang-menagrang ni. kalau jalan-menjalan ni ok .. huhu

Selamat mencuba..

Thursday, January 15, 2009

Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?

Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..

Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.

Apabila anda memadam sebuah fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.

Contohnya saya bagi gambaran…
Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastlah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.

Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.

SUMBER:- http://www.azumass.com/blog/komputer/kemana-fail-hilang-setelah-dipadam-delete-dari-komputer.html